Categories
SELANGOR

Jasa Archer dihargai, UNISEL lantik jadi Pensyarah Adjung

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 FEB: Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Institut Bio-IT Selangor menganjurkan Program Professorial Lecture bertajuk ‘Metabolic and Synthetic Engineering of Marine Microalgal Cell Factories’, hari ini.

Program disampaikan Dr. John Archer sempena perlantikkan beliau sebagai Pensyarah Adjung di Institut Bio-IT Selangor UNISEL.

Pengarah Institut Bio-IT Selangor, Prof Dato’ Dr. Abdul Latif Ibrahim berkata, perlantikan Adjung itu adalah sebagai pengiktirafan kepada Archer yang berjaya menubuh pusat kecemerlangan dengan mengetengahkan pelbagai projek dan penyelidikannya.

“Beliau datang kesini sejak 2005 dan kejayaan dibawa ke sini layak diiktiraf sebagai Pensyarah Adjung. Lebih mulianya beliau tidak meminta sebarang bayaran pengajaran di UNISEL ini.

16681744_1330342197041738_8159499686932122631_n “Kerjasama bersama beliau secara tidak langsung berjaya mengeratkan hubungan UNISEL bersama dua buah universiti antarabangsa antaranya King Abdullah University of Science and Technology, Saudi Arabia (KAUST),” katanya kepada Selangor Kini selepas Program Professorial Lecture, di Kampus UNISEL, Shah Alam, hari ini.

Program hari ini diadakan bertujuan memberikan gambaran keseluruhan terhadap projek dijalankan Archer sepanjang penyelidikannya di kilang kejuruteraan sel fotosintesis mikrob di KAUST dan kerjasama beliau melalui program bersama dengan UNISEL serta pengalaman dalam menterjemahkan penyelidikan akademik teknologi.

Dr. John Archer dalam ucapannya berkata, ini adalah waktu sesuai menjalankan penyelidikan bioteknologi microalgal.

16864469_1330342190375072_5574201643934674235_n“Ia sebagai suatu tindak balas kepada kebimbangan perubahan iklim yang sedang melanda dunia.

“Masyarakat dunia mengakui bahawa terdapat keperluan mendesak membangunkan laluan mampan baru untuk bahan kimia dan bahan bagi menggantikan bahan api fosil,” katanya.

Archer mewakili KAUST juga berkongsi pengalaman beliau sewaktu bersama-sama menjayakan ‘Green Chemistry Collaboration’ bersama Institut Bio-IT Selangor UNISEL sepanjang tahun 2007 hingga 2010.

-nR-