Categories
SELANGOR

Best Street Food Festival 5.0 kembali

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 FEB: Best Street Food Festival (BSFF) 5.0 kembali lagi di Tapak Parking PKNS Shah Alam, pada 23 hingga 26 Februari ini.

Menurut kenyataan PKNS Real Estate, lebih 100 gerai makanan menyajikan pelbagai menu di festival yang akan bermula seawal jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Sebanyak 1,500 tempat duduk dan 200 meja makan dibawah bumbung bagi keselesaan untuk pengunjung yang hadir menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman menarik dari seluruh pelusuk Negeri di dalam Malaysia.

BSFF“Lebih menarik pengunjung yang hadir berpeluang menjadi sebahagian daripada 300 berjaya membawa pulang hadiah menarik dalam slot cabutan bertuah,” katanya.

Festival itu, turut diselitkan pelbagai aktiviti menarik antaranya Pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan bayi comel, kejohanan catur, petting zoo, badut dan persembahan artis smule.

Selain itu, pada sebelah petang hingga malam diadakan Perlawanan Festival Muay Selangor diantara Malaysia dan Thailand.

-nR-