Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

Kemas kini permohonan matrikulasi 13 – 27 Februari

SHAH ALAM 9 FEB: Kemas kini terhadap permohonan ke matrikulasi boleh dilakukan bermula 13 Februari ini sehingga 27 Februari bagi membolehkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 mengemaskini borang permohonan berkenaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media berkata ia boleh dilakukan Kementerian berkata pelajar terbabit boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.moe.gov.my.

Katanya, keputusan kemasukan ke program itu dikeluarkan menerusi laman web rasmi kementerian pada tarikh dimaklumkan kelak.

“Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi kementerian.

“Ini berikutan keputusan calon SPM yang berjaya diperoleh terus dari Lembaga Peperiksaan sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

“Pelajar ditawarkan ke program itu perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana ia dikeluarkan secara atas talian sepenuhnya,” katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan di talian 03-88844083/4036/4040 dari jam 8.30 pagi hingga 4.40 petang pada hari bekerja.

=EZY=