Categories
NASIONAL

Kit Siang sedia sertai roadshow Forex Umno

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 FEB : Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan kesediaan untuk hadir berucap pada siri jelajah penerangan skandal pertukaran asing (forex) Bank Negara, anjuran Umno.

Pendirian itu dibuat susulan pengumuman Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang memaklumkan jentera penerangan diketuai Umno bakal digerakkan seluruh negara bagi memberi penerangan umum berhubung pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap skandal itu.

“Saya ingin membuat satu lagi tawaran kepada kepimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional, saya secara sukarela akan menerangkan mengenai keputusan kabinet menyiasat skandal lebih dua dekat itu dalam roadshow yang akan diadakan mereka di seluruh negara.

limkit siang-markshort“Annuar Musa perlu memaklumkan kepada saya dalam tempoh 48 jam sama ada saya perlu menjadual semula program saya bermula 25 Februari jika mahu saya berucap di majlis pelancaran roadshow berkenaan Sabtu ini,” katanya dalam kenyataan dipaparkan dalam portal RoketKini.

Semalam, media melaporkan Umno dan BN akan mula menggerakkan jentera penerangan bermula Mac ini bagi menjelaskan secara terperinci keputusan Kabinet menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Penerangan di seluruh negara itu perlu dibuat kononnya ketika ini terdapat pihak yang cuba membandingkannya dengan isu 1MDB yang disifatkan sebagai tidak relevan pimpinan Umno.

-nR-