Categories
GLOBAL

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu balistik

SEOUL 12 FEB: Korea Utara melancarkan Kim Jong Un yang tidak dikenal pasti ke dalam laut di luar pantai timur Semenanjung Korea, awal pagi ini kata tentera Korea Selatan.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan objek itu dilancarkan dari kawasan rantau barat Korea Utara, kata Pejabat Ketua Turus Bersama dalam satu kenyataan ringkas.

Tiada butiran lanjut mengenainya setakat ini. Terdahulu, agensi berita Yonhap negara itu melaporkan dalam satu berita ringkas bahawa Utara melancarkan peluru berpandu balistik.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dalam ucapan Tahun Baru berkata, negaranya semakin hampir untuk menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dan media negeri pernah melaporkan bahawa ia akan berlaku pada bila-bila masa.

Perkembangan itu mendorong Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis untuk berikrar akan mengambil tindakan tegas ketika berada di Korea Selatan awal bulan ini.

Korea Utara sudah menjalankan dua ujian nuklear dan sejumlah ujian berkaitan peluru berpandu pada kadar yang belum pernah dicatatkan sejak awal tahun lalu.

Ia disifatkan pakar dan pegawai sebagai satu kemajuan dalam keupayaan persenjataan negara itu.

=EZY=