Categories
SELANGOR

KPDNKK Selangor pergiat kesan berus bulu cat babi

SHAH ALAM 8 FEB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor terus mempergiatkan operasi mengesan berus cat diperbuat daripada bulu babi di premis menjual perkakasan binaan dan alat tulis di seluruh negeri itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakub berkata, langkah itu bagi memudahkan pihaknya mengenal pasti setiap berus yang disahkan diperbuat daripada bulu babi berdasarkan model dan kod yang terdapat pada berus berkenaan.

Beliau berkata KPDNKK Selangor telah merampas kira-kira 200 unit berus cat dalam operasi sepanjang dua hari bermula Isnin lalu di seluruh negeri itu, lapor BERNAMA.

Kesemua berus yang dirampas itu akan dirujuk ke jabatan kimia untuk pengesahan status kandungannya.

GAMBAR: BERNAMA

=EZY=