Categories
SELANGOR

MPS PBT pertama Selangor Ikrar integriti bebas rasuah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Selangor menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), yang dilaksanakan 13 Februari lalu.

Yang Dipertua MPS, Suliman Abdul Rahman mengetuai lafaz ikrar dan menandatangani IBR sambil disaksikan Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah.

Turut menandatangani ikrar berkenaan Timbalan Yang Dipertua, pengarah jabatan dan 43 pegawai kanan MPS.

MPS Suliman_Abd_RahmanSuliman dalam ucapannya berkata, inisiatif itu adalah sebahagian usaha MPS mewujudkan perkhidmatan adil, telus dan bebas gejala rasuah serta salah guna kuasa.

“Dalam majlis sama turut diadakan majlis ‘Round Table Discussion’ iaitu perbincangan meja bulat dan juga pembentangan hasil perbincangan dari pegawai-pegawai terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Wan Ramli berkata, dengan pelaksanaan IBR itu, pihaknya mahu sokongan dan komitmen setiap pegawai agensi berkenaan melaporkan sebarang perlakuan rasuah dalam urusan seharian mereka.

Tambahnya lagi, perbincangan bersama Ketua Unit Integriti MPS sebelum ini juga positif bagi membina serta rangkaian kerjasama lebih erat dalam usaha meningkatkan nilai integriti di organisasi khususnya dalam memerangai rasuah.

-nR-