Categories
SELANGOR

Notis 5A ibarat hadiah tahun baru

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 10 FEB: Pemilikan surat kelulusan Notis 5A daripada Kerajaan Negeri disambut penuh gembira penduduk Kampung Chempaka, di sini kerana sememangnya detik itu sejak sekian lama.

Malah, pemberian itu juga dianggap sebagai hadiah Tahun Baru Cina ekoran sambutan perayaan berkenaan masih diraikan mereka ketika ini.

Penduduk kampung, Teoh Chee Kong, 69, berkata keluarganya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana mereka sudah menunggu kelulusan terbabit dalam tempoh yang panjang.

“Permohonan bagi mendapatkan hak milik tanah ini sudah beberapa kali dibuat keluarga saya dan ia berlarutan hampir 40 tahun.

“Saya gembira akhirnya hak milik tanah ini diperoleh juga dan pastinya melegakan kebanyakan penduduk di sini yang menunggu sejak dahulu,” katanya kepada SelangorKini.

JpegTeoh adalah salah seorang daripada 32 penduduk kampung itu yang menerima Notis 5A daripada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam majlis penyerahan dan sambutan Tahun Bari Cina di sini, hari ini.

Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah; Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain.

Sementara itu, Phang Kok Ho, 55, juga sependapat dengan Teoh dan menganggap penyerahan hak milik itu tepat pada masanya.

“Penduduk di sini memang menunggu lama, macam keluarga saya sejak daripada bapa sehingga beliau meninggal dunia.

“Tentu pemberian ini sungguh bermakna dan diharap Kerajaan Negeri terus mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

-AA-