Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PBT: Operasi pembersihan taska, elak penyakit berjangkit

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya giat menjalankan operasi pembersihan kuman di Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit sekitar kawasan berkenaan.

MBPJ Taska (3)Kerja pembersihan dan semburan dijalankan Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ, sejak semalam.

Terdahulu, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling mengarahkan penutupan operasi pusat itu susulan penularan penyakit berjangkit, ‘Chicken Pox’, HFMD dan sakit mata membabitkan beberapa orang kanak-kanak.

Sementara itu, penutupan berkenaan dibuat, bermula 1 hingga 12 Februari ini.

Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak Cergas Pintar adalah pusat penjagaan dan pendidikan awal yang dikawal selia sepenuhnya oleh MBPJ.

Dalam perkembangan lain, skuad PANTAS MBPJ dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi Jalan Lapangan Terbang selepas menerima aduan pokok tumbang membabitkan kerosakan enam jenis kenderaan.

Dilaporkan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku membabitkan orang awam dan pengguna jalan raya.

-NFN-