Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah sedikit pagi ini

KUALA LUMPUR 21 FEB: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada awal dagangan, dipengaruhi minat berterusan bagi dolar AS dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu didagangkan kepada 4.4570/4620 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Isnin, lapor BERNAMA.

Bank pusat AS dijangka menaikkan kadar faedah tidak lama lagi berikutan data pekerjaan dan inflasi yang kukuh yang dikeluarkan oleh ekonomi terbesar dunia itu.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi. Ia meningkat berbanding dolar Singapura 3.1370/1409 daripada 3.1411/1444 semalam, mengukuh berbanding yen kepada 3.9307/9361 daripada 3.9385/9431 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7182/7253 daripada 4.7332/7379.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding pound British kepada 5.5525/5601 daripada 5.5522/5589 semalam.

=EZY=