Categories
SELANGOR

Bekas Exco Selangor meninggal dunia

SHAH ALAM 21 FEB: Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai akibat menghidap barah pankreas.

Allahyarham Mohd Mokhtar, 73, meninggal dunia pada jam 3.34 pagi tadi pernah menjadi Exco Selangor dari 1999 hingga 2008.

Difahamkan, Allahyarham Mohd Mokhtar meninggal dunia ketika dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Sementara itu, jenazah Mohd Mokhtar sudah dibawa balik ke kediamannya di Shah Alam dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada jam 11 pagi ini.

Allahyarham Mohd Mokhtar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelana Jaya pada 1995 dan 1999 serta di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2000.

=EZY=