Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.4450/4500 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 24 FEB: Ringgit meneruskan kenaikan semalaman untuk dibuka lebih kukuh pagi ini, dipacu sentimen positif yang dipengaruhi kemungkinan kenaikan kadar faedah tidak lama lagi, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut kepada 4.4450/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4470/4510 pada Khamis, lapor BERNAMA.

Rabu lalu, minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS menunjukkan ramai penggubal dasar mahu kadar penanda aras dinaikkan tidak lama lagi jika ekonomi terus berkembang.

Ia membantu merangsang minat kepada mata wang baharu muncul termasuk ringgit, kata peniaga. Bagaimanapun, unit tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1549/1589 daripada 3.1452/1485 pada Khamis dan lemah berbanding yen kepada 3.9375/9433 daripada 3.9278/9323.

Ringgit menyusut berbanding pound British kepada 5.5740/5812 daripada 5.5467/5535 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.6997/7054 daripada 4.6894/6954 sebelumnya.

=EZY=