Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Senjata kimia pemusnah diharam PBB dikesan atas mayat Jong Nam

SHAH ALAM 24 FEB: Kehadiran sejenis bahan kimia dikategorikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai senjata pemusnah besar-besaran (WMD) didapati dalam ujian ke atas mayat Kim Jong Nam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, laporan awal dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia dikenalpasti sebagai “VX nerve agent” di bahagian luaran mata dan muka Jong Nam, abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un.

Menurutnya, setelah menerima laporan awal Jabatan Kimia Malaysia, bahan kimia yang digunakan dikenalpasti sebagai “VX nerve agent”.

“Hasil analisa, telah dikenal pasti bahawa yang terlibat ialah Ethyl S-2 Diisopropylamino Ethyl Methylphosphonothioate atau VX nerve agent,” katanya dalam satu kenyataan.

Chemical-Warfare-The-Nerve-Agents-Pt-II-The-V-SeriesMenurutnya, analisa dilakukan Pusat Analisis Senjata Kimia di bawah jabatan itu.

Khalid menambah, VX nerve agent disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005, dan juga Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.

 

 

16939441_1440914679252168_3681773251872814783_n

 

16996136_1440914675918835_3355871643365102183_n

 

=EZY=