Categories
NASIONAL

SPR didakwa salah daftar kawasan pengundi

PETALING JAYA, 10 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa gagal mendaftar pengundi di kawasan DUN serta Parlimen yang sepatutnya, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Katanya, beliau menyedari perkara itu setelah meneliti dan menyemak beberapa status pengundi di kawasannya yang menimbulkan kekeliruan.

“Saya menyiasat status mengundi seorang lelaki yang juga rakan sata setelah dia berpindah ke Kuantan yang mana kalau ikut penempatan undi tepat, dia sepatutnya mengundi di DUN Teruntum juga Parlimen Kuantan.

“Namun, apabila melayari laman sesawang SPR, saya mendapati rakan saya itu didaftarkan ke DUN Beserah dan Parlimen Indera Mahkota,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat BERSIH, di sini, semalam.

Pada masa sama, Fuziah mendakwa, beliau turut membuat siasatan status kawasan pengundian beberapa pengundi lain dan mendapati sebilangan mereka turut mengalami masalah sama.

“Saya juga cuba membuat temu janji dengan ahli SPR, namun mereka enggan melayan sehingga hari ini,” katanya.

-AA-