Categories
GLOBAL

Harga minyak Brent meningkat di New York

NEW YORK 7 MAC: Penanda aras minyak global, Brent mencatatkan kenaikan manakala minyak mentah AS menyusut di dalam dagangan di New York, semalam.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan pasaran melonjak lebih tinggi pada awal dagangan selepas terdapat laporan bahawa Iraq akan menyertai OPEC, jika sekatan pengeluaran minyak dilanjutkan sehingga separuh kedua tahun ini.

Ramalan pengeluaran daripada menteri minyak negara pengeluar minyak mentah merangsang pasaran ketika pemimpin industri berkumpul di Persidangan Tahunan Tenaga `CERAweek’ di Houston.

Harga diniagakan dalam jajaran kecil untuk lebih daripada 60 hari berikutan kebimbangan pertumbuhan pengeluaran AS boleh menjejaskan usaha negara OPEC untuk mengurangkan pengeluaran pada separuh pertama tahun ini.

Minyak mentah AS West Texas Intermediate susut 13 cents pada AS$53.20 setong, manakala Brent menambah 11 cents pada AS$56.01 setong.

Dalam sesi dipacu yang oleh tajuk berita, dagangan awal minyak mengukuhkan sedikit selepas menteri minyak Iraq dipetik sebagai berkata OPEC mungkin perlu melanjutkan pemotongan pengeluaran hingga ke separuh kedua 2017.

Harga minyak AS menurun lebih rendah selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengunjurkan potensi pertumbuhan minyak syal dan penyusutan permintaan dari Eropah, faktor yang menyumbang kepada penamatan lebihan bekalan di pasaran.

Pengeluaran minyak syal AS dijangka berkembang sebanyak 1.4 juta tong sehari menjelang 2022 dengan harga AS$60 setong, demikian menurut TER dalam satu laporan.

Pertumbuhan kapasiti lebih tiga juta tong sehari boleh dihasilkan jika harga meningkat kepada AS$80 setong, kata agensi itu. Pada masa sama, permintaan untuk produk ditapis Eropah dilihat semakin lemah.

Terdahulu, harga minyak menyusut semalam selepas China menurunkan sasaran pertumbuhan bagi tahun ini kepada 6.5 peratus berbanding 6.7 peratus pada 2016, dan mengetatkan kawalan peraturan dalam usaha untuk menangani pencemaran.

=EZY=