Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia jatuh semalam

NEW YORK 28 MAC: Harga minyak dunia jatuh semalam, berikutan pelabur kekal tidak jelas sama ada negara pengeluar komoditi itu akan melanjutkan pengurangan pengeluaran selepas Jun ini dalam usaha mengurangkan lebihan bekalan global.

Kelmarin, jawatankuasa menteri dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar bukan OPEC bersetuju untuk melanjutkan langkah pengurangan pengeluaran itu, lapor Berita Antarabangsa REUTERS.

Harga minyak jatuh sejak pertengahan bulan ini, berikutan laporan menunjukkan pertumbuhan dalam inventori minyak Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada dijangkakan mencetuskan penjualan daripada spekulator yang meningkatkan pegangan mereka dalam niaga hadapan minyak mentah.

Pada minggu lalu, perangkaan niaga hadapan menunjukkan spekulator menjual pegangan mereka berikutan inventori minyak AS yang tinggi mengimbangi pengurangan daripada pengeluar minyak lain.

Minyak mentah AS jatuh 33 cents kepada AS$47.63 setong, menyusut 0.7 peratus setakat 1956 GMT. Kontrak penanda aras antarabangsa Brent jatuh 17 cents kepada AS$50.63.

=EZY=