Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Keberangkatan Permaisuri, Raja Muda jadikan Sidang DNS lebih istimewa

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 22 MAC: Perasmian pembukaan Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini bertambah istimewa dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abd Rahman dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, kedua-dua baginda akan berangkat bersama DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang akan merasmikan pembukaan DNS pada pada Isnin nanti.

“Kali ini sangat istimewa kerana DYMM Tengku Permaisuri dan DYTM Raja Muda Selangor juga akan bersama kita pada hari pembukaan di mana akan menambah seri majlis pembukaan DNS nanti,” kata Hannah Yeoh.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama di sini, hari ini.

Jelasnya, selain kehadiran keluarga Diraja, persidangan kali ini juga diteruskan dengan pengunaan jurubahasa isyarat bagi memudahkan golongan orang kelainan upaya (OKU) mengikuti persidangan DNS.

“Jadi saya berharap semua ADN akan hadir dan juga bagi penduduk lain mereka boleh mengikuti secara langsung di TV Selangor,” katanya.

=EZY=