Categories
SELANGOR

Kolam Air Panas Selayang bakal berwajah baru

SHAH ALAM, 3 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan memulakan projek menaik taraf pembangunan Kolam Air Panas Selayang, tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Dato’ Juhari Ahmad berkata, projek itu akan dimulakan tahun ini dan ia mengambil masa 18 bulan untuk siap sepenuhnya.

“Mengikut perancangan, projek kerja membabitkan lapangan dan proses kelulusan fizikal akan dimulakan Isnin depan, manakala keja fizikal akan bermula, pada 19 Jun ini.

“Justeru, kerja penutupan akan dibuat secara berperingkat bagi melancarkan kerja projek di samping mengambil kira aspek keselamatan orang awam,” katanya lapor Sinar Harian.

Juhari berkata, Kolam Air Panas itu adalah antara lokasi yang menjadi tumpuan tarikan pelancong di Selayang.

Kawasan terbabitberpotensi tinggi dan statistik juga menunjukkan hampir 4,000 pengunjung datang ke ke situ, pada setiap bulan.

“Keputusan pembangunan ini dilihat tepat dengan strategi berkonsepkan pelancongan kesihatan yang bakal disediakan kemudahan serba lengkap dan persekitaran cantik.

“MPS berharap projek ini akan berjalan lancar di samping meningkatkan jumlah pelancong, pada masa akan datang,” katanya.

-AA-