Categories
SELANGOR SUKANKINI YB ACTIVITIES

Lebih 1,300 meriahkan Hari Sukan DUN Taman Medan

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 19 MAC: Hari Sukan DUN Taman Medan 2017 disambut meriah dengan penyertaan seramai 1,300 belia pelbagai kaum.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, lapan jenis sukan dipertandingkan antaranya futsal, bola sepak padang, badminton, takraw, kabadi, tamiya dan bola keranjang serta bola jaring.

Katanya, penyertaan menggalakkan itu bukan sahaja dari DUN Taman Medan tetapi juga luar kawasannya.

“Penganjuran Hari Sukan Taman Medan ini sudah menginjak tiga tahun dan kami mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan setiap tahun.

IMG_20170319_111247_817“Malah, banyak lagi penyertaan yang terpaksa ditolak ekoran kekangan petugas yang tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Haniza berkata hari sukan itu diadakan sebagai platform menggilap bakat sukan di kalangan belia.

“Diharap lebih ramai atlet dan ahli sukan dilahirkan menerusi program sebegini.

“Selain itu, belia juga didedahkan dengan aktiviti sihat dan dapat mengisi masa yang terluang daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah,” katanya.

Pada masa sama, Haniza turut mahu sukan kabadi diberikan perhatian serius Kerajaan Negeri ekoran penyertaan yang menggalakan.

“Jika sukan ini diperkenalkan di peringkat lebih tinggi sudah tentu bukan sahaja disertai kaum India tetapi kaum lain juga,” katanya.

Beliau turut mencadangkan Kerajaan Negeri untuk menganjurkan Liga Sukan yang disertai oleh semua DUN.

Acara sukan terbabit diadakan serentak bermula jam 9 pagi dan hadiah sebanyak RM15,000 ditawarkan kepada Johan lapan kategori terbabit.

=EZY=