Categories
SELANGOR

Lima keluarga mangsa kebakaran terima RM2,500

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 MAC: Lima keluarga terlibat dalam kebakaran di Taman Sentosa Kapar, minggu lalu menerima sumbangan RM2,500 daripada Kerajaan Negeri bagi meringankan beban.

Bantuan RM2,000 adalah sumbangan Pejabat ADN Sementa, manakala RM500 daripada Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, semua mangsa terbabit kini ditempatkan sementara di Dewan Taman Seri Kerayung, Kapar.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap nasib mereka dan akan membantu sedaya-upaya.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa,” katanya dalam kenyataan.

-AA-