Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Jadikan masjid pusat pengukuhan taqwa

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyeru umat Islam memperkukuh institusi masjid menerusi program bermanfaat buat penduduk setempat.

AZMINKatanya, masjid asas pembangunan taqwa supaya umat Islam yang dilahirkan lebih mantap dalam mempertahankan prinsip keadilan dan pembangunan akhlak.

“Peranan masjid penting untuk membentuk jati diri yang bukan sahaja mempertahankan prinsip dalam al-Quran tetapi mampu membangunkan Selangor yang kita cintai.

“Cabaran umat Islam kini bukan sahaja gerakan militan tetapi cabarannya untuk mengangkat martabat Islam serta memperkasakan sosioekonomi kerana kebanyakan umat Islam di negara Islam mundur daripada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat dan Majlis Kenduri Rakyat di Masjid As-Salam, Petaling Utama, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Mohamed Azmin menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada 25 penerima DUN Taman Medan sambil diiringi Ahli Dewan Negeri kawasan itu, Haniza Talha dan Nazir Masjid, Ashaari Burok.

Selain itu, beliau turut menerima surat yang mengandungi laporan masalah setempat serta menyampaikan cek sumbangan kepada Persatuan Penduduk Kampung Seri Aman Mas, Puchong.

-NFN-