Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB singgah sarapan di Auntie Kopitiam sebelum program tanam pokok

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA SELANGOR, 25 MAC: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan program Tanam Pokok Negeri Selangor 2017 dengan bersarapan pagi, di Auntie Kopitiam, di sini, pagi ini.

IMG_0786Mohamed Azmin tiba di sini jam 7.45 pagi diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan Ahli Dewan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie merangkap Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar.

Mohamed Azmin berkayuh basikal sejauh satu kilometer di sini menuju ke Taman Alam Kuala Selangor sebagai pengisian program.

Ia bukan pertama kali Mohamed Azmin turun padang ke kawasan Kuala Selangor dalam usaha mendekati masyarakat luar bandar seluruh negeri.

Sementara itu, Program Tanam Pokok Negeri Selangor diwujudkan sebagai inisiatif menggalakan pertumbuhan hijau di Selangor.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijangka akan mencemar duli hadir ke majlis perasmian program.

-NFN-