Categories
SELANGOR

MPK akan perbaiki hakisan parit belakang Pantai Hospital Klang

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang dalam cadangan membina batu gabion bagi pengukuhan tebing tanah di parit besar di belakang Pantai Hospital Klang supaya kejadian tanah runtuh dan hakisan tidak berlaku lagi.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, kelulusan dan cadangan reka bentuk mengikut kesesuaian di tapak jugak sedang dilaksanakan.

“MPK bertanggungjawab untuk mengawal dan mengurus parit besar di belakang Pantai Hospital Klang.

“Kos anggaran projek adalah RM365,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADN Pandamaran, Tan Pok Shyong di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pok Shyong menyatakan tanah di Persiaran Raja Muda Musa telah terhakis dengan serius dan membahayakam bangunan tersebut.

Projek ini dijangka akan bermula pada Mei 2017 dan tempoh projek selama dua bulan.

=EZY=