Categories
NASIONAL

‘Sesuatu sedang berlaku’ dalam kes Jong-nam

SHAH ALAM, 30 MAC: ‘Sesuatu sedang berlaku’ dalam kes kematian Kim Jong-nam dan sebarang kenyataan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mengganggu perancangan kerajaan membabitkan isu berkenaan ketika ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Jong namSehubungan itu, Khalid meminta media memberi kerjasama sehingga perancangan yang dilaksanakan itu selesai.

“Sesuatu sedang berlaku, bila sampai masa akan ada kenyataan bakal dibuat. Mungkin daripada pihak lain bukan saya.

“Ketika ini, sebarang kenyataan akan menggugat perancangan yang sedang dirancang kerajaan,” katanya lapor Bernama selepas menghadiri Majlis Bingkisan Kasih Orang Kota Bharu (OKB) bersama PDRM.

Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh dua wanita menggunakan agen saraf VX yang sangat bertoksik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, pada 13 Februari lalu.

Sejak kejadian itu, hubungan diplomatik Korea Utara dan Malaysia terjejas ekoran kenyataan bekas Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol.

Pada 4 Mac lalu, Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai ‘Persona Non Grata’ selepas beliau gagal hadir ketika dipanggil Wisma Putra dan meninggalkan Malaysia, pada 6 Mac lalu.

-NFN-