Categories
NASIONAL

Jong-nam: Perbicaraan hari kedua masih jadi tumpuan media

SHAH ALAM 3 OKT: Perbicaraan hari kedua, dua suspek wanita yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan asing.

Lebih 10 agensi pengamal media asing, antaranya dari Korea Selatan, Korea Utara, Indonesia dan Jepun, mendaftar di kaunter masuk khas di pekarangan kompleks mahkamah itu yang dikawal Polis.

Turut mendaftar adalah pelbagai agensi pengamal media tempatan di kaunter sama sejak jam 7.30 pagi.

Kedua-dua suspek iaitu warga Indonesia Siti Aisyah, 25 dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, tiba di mahkamah kira-kira jam 7.50 pagi, dengan kawalan ketat lima kereta polis yang lengkap bersenjata dan berpakaian kalis peluru.

suspekkoreaPekarangan kompleks mahkamah itu turut dikawal ketat pihak polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Siti Aisyah dan Doan dituduh bersama empat yang lain yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Februari lalu.

Jong-nam adalah abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Pada 28 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Azmi Ariffin menetapkan 23 hari bermula semalam sehingga 30 November bagi perbicaraan kes.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kes bunuh Jong-nam: 2 wanita mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM 2 OKT: Dua warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Jong-nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.

Mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi 13 Februari lalu.

Lebih 100 warga media tempatan dan luar negara berkumpul sejak jam 6 pagi tadi dengan terdapat sebilangan mereka berada di perkarangan mahkamah seawal 1.30 pagi.

Sementara itu peguambela dalam kes pembunuhan itu membangkitkan isu nama empat rakyat Korea Utara yang tidak disenaraikan dalam kertas pertuduhan pada hari pertama perbicaraan.

Jong namMereka mahu pindaan kepada kertas pertuduhan dibuat dengan memasukkan nama-nama itu.

Pihak mahkamah hanya menyediakan 20 tempat duduk kepada media sementara jurugambar dan jurukamera tidak dibenarkan masuk ke kawasan lobi.

Kawalan di sekitar kompleks mahkamah diperketatkan dengan kehadiran ramai anggota polis.

Konvoi yang membawa Doan dan Siti Aisyah yang memakai jaket kalis peluru berwarna gelap tiba tepat jam 8 pagi.

=EZY=

Categories
NASIONAL

‘Sesuatu sedang berlaku’ dalam kes Jong-nam

SHAH ALAM, 30 MAC: ‘Sesuatu sedang berlaku’ dalam kes kematian Kim Jong-nam dan sebarang kenyataan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mengganggu perancangan kerajaan membabitkan isu berkenaan ketika ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Jong namSehubungan itu, Khalid meminta media memberi kerjasama sehingga perancangan yang dilaksanakan itu selesai.

“Sesuatu sedang berlaku, bila sampai masa akan ada kenyataan bakal dibuat. Mungkin daripada pihak lain bukan saya.

“Ketika ini, sebarang kenyataan akan menggugat perancangan yang sedang dirancang kerajaan,” katanya lapor Bernama selepas menghadiri Majlis Bingkisan Kasih Orang Kota Bharu (OKB) bersama PDRM.

Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh dua wanita menggunakan agen saraf VX yang sangat bertoksik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, pada 13 Februari lalu.

Sejak kejadian itu, hubungan diplomatik Korea Utara dan Malaysia terjejas ekoran kenyataan bekas Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol.

Pada 4 Mac lalu, Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai ‘Persona Non Grata’ selepas beliau gagal hadir ketika dipanggil Wisma Putra dan meninggalkan Malaysia, pada 6 Mac lalu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

DNA anak Jong Nam diambil di luar negara

SHAH ALAM, 16 MAC: Sampel DNA anak lelaki Kim Jong Nam diperolehi di luar negara selepas pegawai kerajaan bertemu dengannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun tidak mendedahkan di mana pegawai kerajaan dan anak Jong Nam bertemu.

“Saya tak boleh dedahkan. Pihak berkuasa Malaysia pergi ke sana (bertemu anak Jong-nam di luar negara). Saya tak boleh dedahkan butirannya,” katanya di Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sampel DNA anak lelaki Jong-nam itu kemudian dibawa ke Kuala Lumpur dan dibuat perbandingan.

“Selepas dibuat perbandingan, memang (lelaki) itu sah Jong-nam,” katanya.

(FILES) This file photo taken on May 4, 2001 shows an immigration officer (L) escorting Kim Jong-Nam, son of North Korean leader Kim Jong-Il, getting off a bus to board an ANA905 (All Nippon Airways) airplane at Narita airport near Tokyo. Kim Jong-Nam, the half-brother of North Korean leader Kim Jong-Un has been assassinated in Malaysia, South Korea's Yonhap news agency said on February 14, 2017. / AFP PHOTO / TOSHIFUMI KITAMURA

Sementara itu, mengulas berkenaan pengurusan mayat Jong-nam, Ahmad Zahid berkata, polis akan mengambil tindakan berdasarkan permintaan waris si mati.

Sehubungan itu, katanya, pihak keduataan tidak boleh meminta mayat berkenaan untuk dibawa pulang ke Korea Utara kecuali mendapat keizinan daripada keluarga Jong-nam.

“Kerajaan juga akan dapatkan nasihat peguam negara dalam hal ini,” katanya.

Terdahulu, keluarga Kim Jong Nam memberi kebenaran kepada Kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada 13 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila dan di mana waris mangsa memberikan kebenaran itu.

Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un didakwa dibunuh dua wanita asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di KLIA2 untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong Nam yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Sebelum ini, Pyongyang mendakwa lelaki itu bukanlah Jong-nam walaupun mengakui dia warga Korea Utara.

-NFN-