Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 29 MAC 2017: Klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 

1. Sultan Selangor rasmi Hospital Pakar KPJ Rawang

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Hospital Pakar KPJ Rawang, di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

https://selangorkini.my/2017/03/sultan-selangor-rasmi-hospital-pakar-kpj-rawang/
2. Lebih 20,000 Rumah Selangorku dibina, jemput ADN Umno ke tapak projek

Dato’ Iskandar Abdul Samad menafikan dakwaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan, Kerajaan Negeri sekadar menyiapkan rumah Selangorku dengan jumlah kira-kira 600 unit.

Sebaliknya, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar itu menghantar pesanan kepada wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) terbabit bahawa Kerajaan Negeri telah menyempurnakan pembinaan 665 unit rumah serta dalam proses menyiapkan 20,675 unit lagi.

https://selangorkini.my/2017/03/lebih-20000-rumah-selangorku-dibina-jemput-adn-umno-ke-tapak-projek/

 
3. Baru dilancarkan, Skim Peduli Sihat terima 68,579 permohonan

Baru beberapa bulan dilancarkan, Skim Peduli Sihat (SPS) berjaya menarik perhatian seramai 68,579 pemohon untuk menjadi peserta inisiatif terbaru Kerajaan Negeri untuk rakyat ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pada tempoh sama sebanyak 889 klinik turut memohon untuk menjadi klinik panel SPS apabila sebanyak 650 klinik menyerahkan dokumen lengkap dan diluluskan sebagai klinik panel.

https://selangorkini.my/2017/03/baru-dilancarkan-skim-peduli-sihat-terima-68579-permohonan/

 
4. Kekalkan standard bonus Aidilfitri kakitangan awam

Kerajaan Negeri disarankan mengekalkan standard pemberian bonus hari raya pada kadar sebulan setengah seperti yang diberikan, pada tahun lalu.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, pengekalan jumlah bonus itu perlu dilakukan kerana penjawat awam selama ini menjalankan tugas dengan baik.

https://selangorkini.my/2017/03/kekalkan-standard-bonus-aidilfitri-kakitangan-awam/

 
5. FAS tak dibantu, tolak cadangan penswastaan Selangor

Kerajaan Negeri memutuskan hubungan dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selepas persatuan itu menolak cadangan dikemukakan berhubung penswastaan pasukan bola sepak Selangor.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, pendirian diambil Kerajaan Negeri itu adalah bersesuaian dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mensyaratkan agar pasukan bola sepak di negara ini diswastakan dan diuruskan secara mandiri.

https://selangorkini.my/2017/03/fas-tak-dibantu-tolak-cadangan-penswastaan-selangor/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT