Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada hari ini 23 MAC 2017:
1. Berita TERGEMPAR dunia hari ini: SERANGAN LONDON

https://selangorkini.my/2017/03/berita-tergempar-dunia-hari-ini-serangan-london/
2. Umno perlu Ketua Pembangkang bukannya ‘sub kontraktor’ protes

Umno-Barisan Nasional (BN) gagal mengambil peluang diberikan seluas-luasnya oleh Dewan Negeri Selangor (DNS) untuk membongkar sebarang isu penyelewengan di Selangor apabila gagal menamakan Ketua Pembangkang DNS.

Ketua Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh berkata, hal ini berikutan DNS sebelum ini memandatorikan kerusi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) DNS hendaklah dipegang oleh Ketua Pembangkang.

https://selangorkini.my/2017/03/umno-perlu-ketua-pembangkang-bukannya-sub-kontraktor-protes/
3. Pupuk kesedaran awam, Selangor ke arah negeri bebas haiwan jalanan

Selangor konsisten menerajui kempen kesedaran terhadap penjagaan dan kebajikan haiwan terbiar seluruh negeri menerusi pelancaran Kempen Stray Free Selangor (SFS).

Kempen memfokuskan kepada visi kemanusiaan dan mensasarkan penglibatan masyarakat awam supaya lebih peka terhadap isu haiwan jalanan diusahakan secara bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) SPCA Selangor.

https://selangorkini.my/2017/03/pupuk-kesedaran-awam-selangor-ke-arah-negeri-bebas-haiwan-jalanan/
4. Rumah Impian Bangsa Johor bukti harga rumah mampu diturunkan

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyokong penuh inisiatif dimulakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenalkan program rumah mampu milik rakyat yang dinamakan ‘Rumah Impian Bangsa Johor’.

Menurutnya, langkah itu sememangnya dinantikan dan tepat pada masanya apabila mengambil kira faktor rakyat kini berdepan kesukaran memiliki rumah murah dan berkualiti akibat harga pasaran semasa melambung tinggi.

https://selangorkini.my/2017/03/rumah-impian-bangsa-johor-bukti-harga-rumah-mampu-diturunkan/
5. Permaisuri Selangor singkap pengalaman pelihara 10 ekor kucing jalanan

Walaupun berstatus Diraja, namun kecintaan terhadap haiwan peliharaan kucing tidak membataskan status sebagai Tengku Permaisuri Selangor.

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, kecintaannya terhadap haiwan itu bermula sejak kecil selepas memelihara beberapa ekor kucing jalanan di kediamannya.

https://selangorkini.my/2017/03/permaisuri-selangor-singkap-pengalaman-pelihara-10-ekor-kucing-jalanan/
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT