Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

UNISEL berjaya lahirkan hampir 30,000 graduan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MAC: Universiti Selangor berjaya melahirkan hampir 30,000 graduan sejak ditubuhkan dengan 25,561 daripadanya dihasilkan, dari tahun 2008 hingga 2016.

nik-nazmi-dunExco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sambutan menggalakkan daripada ibu bapa membuktikan kepercayaan dan sokongan mereka terhadap UNISEL.

“Sambutan hangat diberikan ibu bapa dan pelajar dalam setiap pameran pendidikan yang disertai UNISEL membuktikan transformasi dilakukan kepimpinan baru UNISEL amat berkesan serta kembali mendapat keyakinan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memyampaikan penggulungan titah ucapan Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor.

Menyentuh isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), Nik Nazmi menegaskan, pendirian Kerajaan Negeri konsisten seperti dijanjikan dalam Manifesto 2013 berbading Barisan Nasional.

“Kementerian Pengajian Tinggi memberi kelukusan penggunaan kelayakan masuk UEC untuk kemasukan pelajar ke UNISEL, pada 2016.

“Memandangkan usaha ini masih baru dan secara rekodnya, sememangnya bilangan pelajar Cina sangat rendah di UNISEL berbanding pelajar Bumiputera dan India, manakala sebarang perubahan kemasukan ini akan mengambil masa,” katanya.

-NFN-