Categories
NASIONAL

Wajar heret isu persempadanan semula demi PRU adil

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Tindakan Kerajaan Selangor membawa isu persempadanan semula kawasan pilihan raya ke mahkamah wajar dilakukan bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak adil.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hal itu ekoran wujud keraguan terhadap langkah SPR berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor.

“Tindakan Kerajaan Selangor adalah wajar demi memastikan SPR bertindak adil dalam kajian semula itu berasaskan daftar pemilih yang benar dan sempurna,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad v di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengemukakan permohonan ke mahkamah bagi menggantung dan memberhentikan segala prosiding inkuiri dikendalikan SPR dalam isu terbabit.

Permohonan itu dibuat ekoran Kerajaan Selangor membangkitkan tindakan SPR melupuskan alamat 136,272 pengundi dalam daftar pemilih bagi tujuan persempadanan semula.

-AA-