Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Apa berita menarik ANTARABANGSA hari ini? AS yakin Syria miliki senjata kimia, Tun M ramal era BN berakhir, Korea Utara ancam guna nuklear

Berikut adalah ringkasan berita antarabangsa sehingga jam 10.15 pagi, 12 APRIL 2017:

1. NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi hari ini mengenai rang resolusi menuntut kerajaan Syria bekerjasama dengan siasatan mengenai serangan senjata kimia di Idlib minggu lalu, kata diplomat AS.

Britain, Perancis dan AS mengemukakan langkah yang ada sedikit pembaharuan daripada teks asal yang dibentangkan minggu lalu sebagai reaksi kepada serangan gas sarin di bandar Khan Sheikhun. – AFP

 

2. WASHINGTON – Pentagon percaya rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad mempunyai stok senjata kimia tambahan di pangkalan udara Al-Shayrat yang dibedil peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu, namun senjata maut itu sengaja tidak dimusnahkan, kata seorang pegawai semalam.

Pakar-pakar perisikan AS percaya bahawa tentera Bashar menyorokkan senjata kimia itu di depot simpanan peluru di pangkalan udara Al-Shayrat, dekat bandar Homs, kata jurucakap Markas Pusat tentera AS, Kolonel John Thomas. – AFP

 

3. DAMSYIK – SYRIA. Pesawat tentera kerajaan atau Rusia didakwa telah menggugurkan bom pembakar, fosforus putih di beberapa bandar di wilayah Idlib dan Hama, beberapa hari selepas insiden serangan senjata kimia yang meragut sekurang-kurangnya 87 nyawa termasuk puluhan kanak-kanak di Khan Sheikhoun.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR) memberitahu, jet pejuang milik Moscow menggunakan bahan pembakar, thermite dalam bom yang digugurkan di bandar Saraqeb di Idlib dan al-Latemenah di Hama pada Sabtu dan Ahad lalu. – REUTERS

 

4. PYONG YANG – KOREA UTARA. Korea Utara mengancam melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat (AS) jika AS memulakan sebarang serangan mengejut.

Ketika ini, kumpulan penyerang (strike group) tentera laut AS yang dikepalai oleh sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear sedang menuju ke semenanjung Korea Utara. USS Carl Vinson membawa lebih 5,000 kelasi dan lebih 60 pesawat. – CNN

 

5. ERZURUM, TURKI: Bukti kukuh ditemui berkenaan penggunaan gas sarin dalam serangan di Idlib Syria pada 4 April lalu, kata Menteri Kesihatan Turki, Recep Akdag – ANADOLU AGENCY

 

6. JEPUN: Syarikat Toshiba memfailkan kelewatan dalam keputusan kewangannya yang memberikan survival syarikat itu dalam keadaan berisiko. – BBC NEWS

 

7. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed meramalkan masa depan Barisan Nasional sebagai pemerintah bakal berakhir. Beliau berkata sokongan akar umbi begitu kuat dan mendapat sokongan rakyat bagi memastikan ia berlaku. – BLOOMBERG NEWS

 

8. WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendapat perintah mahkamah untuk memantau komunikasi penasihat calon presiden ketika itu, Donald Trump, sebagai sebahagian siasatan mengenai kemungkinan kaitan Russia dengan kempen.

FBI dan Jabatan Kehakiman memperoleh waran menyasarkan komunikasi penasihat dasar luar Trump, Carter Page, selepas meyakinkan hakim Mahkamah Pemantauan Perisikan Luar bahawa ada alasan kukuh mempercayai Page bertindak sebagai ejen kuasa luar, yang mana dalam kes berkenaan, Russia. – WASHINGTON POST

 

9. DORTMUND, Jerman: Pemain antarabangsa Sepanyol, Marc Bartra menjalani pembedahan pergelangan tangan akibat kecederaan susulan serangan terhadap bas kelab Borussia Dortmund sekali gus memaksa perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Monaco ditangguhkan.

Jurucakap media Dortmund mengesahkan Bartra, 26, memerlukan pembedahan di pergelangan tangan kanan,” kata Sascha Fligge. – AFP

 

10. DORTMUND: Perlawanan suku akhir pertama antara Borussia Dortmund dan Monaco ditangguhkan selepas bas yang membawa pasukan dari Jerman itu diserang dalam tiga siri letupan, awal pagi tadi. Letupan itu menyebabkan penjaga gol Sepanyol, Marc Bartra cedera dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan. – AFP

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT