Categories
SUKANKINI

Cabaran hebat PKNS FC buat Melaka United ‘putih mata’

OLEH HAFIZAN TAIB

MELAKA, 27 APR: Cabaran hebat PKNS FC terhadap Melaka United menghadirkan kesukaran hingga gagal mencatat kemenangan, kata Eric Williams.

Walaupun pasukan bimbingannya menguasai perlawanan tetapi keputusan seri dianggap patut dan adil bagi dua pasukan itu.

“Melaka United menunjuk prestasi baik dan menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama.

“Kebanyakan posisi berfungsi baik hingga berjaya menjaringkan gol tetapi pasukan lawan juga bertindak sama ” katanya dalam sidang media di Stadium Hang Jebat, di sini, smalam.

PKNS VS MELAKA (7)Melaka United dan PKNS FC seri 2-2 dalam aksi Liga Super dengan semua gol dihasilkan, pada separuh masa pertama.

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan Ilija Spasojevic melalui penalti pada minit ke-32 dan 42, manakala gol PKNS FC menerusi Patrick Ronaldinho Wleh (m35) dan Safee Sali (m40).

Namun, Eric jelas kecewa pada separuh masa kedua dengan pasukannya memperoleh lebih peluang untuk mendapatkan gol berbanding lawan.

Beliau juga kecewa terhadap aspek pengadilan dengan dakwaannya pengadil, Khirulazuan Kidam, membuat beberapa tindakan yang menjejaskan prestasi pemain.

“Tetapi saya tidak mahu menyentuh perkara ini (keputusan pengadil) kerana ia tidak mengubah keputusan perlawanan.

“Ia hanya memberi kesan juga menjejaskan persembahan pemain,” katanya

Katanya, tempoh rehat selepas ini peluang baik bagi Melaka United memperbaiki segala kepincangan dalam mempersiapkan diri menghadapi perlawanan seterusnya.