Categories
GLOBAL

Korea Utara gagal dalam ujian peluru berpandu terbaru

KOREA SELATAN 16 APRIL: Percubaan Korea Utara untuk ujian pelancaran peluru berpandu pada Ahad dalam siri terbarunya gagal, kata Menteri Pertahanan Korea Selatan kepada agensi berita antarabangsa CNN.

Percubaan terbarunya hari ini selepas regim Korea Utara memperagakan peralatan dan aset ketenteraan barunya dalam perarakan ketenteraan tahunannya.

Semalam Korea Utara menggunakan sambutan ulang tahun pengasas negara itu, Kim Il-sungke-105 itu yang juga dinamakan Hari Matahari bagi memperagakan kekuatan ketenteraan negara itu.

Sebuah peluru berpandu balistik jenis KN-08 and KN-14 juga turut dipamerkan pada perarakan itu buat pertama kali, turut dipamer peluru berpandu yang boleh dilepaskan dari kapal selam jenis Pukkuksong-2 SLBM.

SLBM Korea UtaraManakala sejumlah besar aset tentera turut dibawa berarak termasuk kereta kebal, unit artileri dan pelancar roket.

Penganalisis politik Korea Selatan menjangkakan Korea Utara menggunakan perarakan itu untuk mempamerkan kekuatan senjata strategiknya termasuk peluru berpandu jarak jauh.

Sambutan itu dilihat sebagai ‘gendang perang’ dipalu oleh Jong-un sebagai persediaan menghadapi serangan awal daripada Amerika Syarikat (AS).

=EZY=