Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Korea Utara pamer peluru balistik dan SLBM terbaru kali pertama

PYONGYANG 15 APRIL: Korea Utara menggunakan sambutan ulang tahun pengasas negara itu, Kim Il-sungke-105 itu yang juga dinamakan Hari Matahari bagi memperagakan kekuatan ketenteraan negara itu.

Sebuah peluru berpandu balistik jenis KN-08 and KN-14 juga turut dipamerkan pada perarakan itu buat pertama kali, turut dipamer peluru berpandu yang boleh dilepaskan dari kapal selam jenis Pukkuksong-2 SLBM.

Manakala sejumlah besar aset tentera turut dibawa berarak termasuk kereta kebal, unit artileri dan pelancar roket.

Penganalisis politik Korea Selatan menjangkakan Korea Utara menggunakan perarakan itu untuk mempamerkan kekuatan senjata strategiknya termasuk peluru berpandu jarak jauh.

Sambutan itu dilihat sebagai ‘gendang perang’ dipalu oleh Jong-un sebagai persediaan menghadapi serangan awal daripada Amerika Syarikat (AS).

C9bBi1dV0AAGPkgIa susulan kebimbangan Washington bahawa Pyongyang mungkin mengadakan ujian nuklear keenam, sekali gus memberi ancaman kepada kestabilan serantau terutamanya Korea selatan dan Jepun dengan pembangunan nuklear negara komunis itu.

Ketegangan antara AS dan Korea Utara semakin memuncak pada minggu ini apabila Pyongyang mengeluarkan beberapa ancaman untuk menghancurkan tentera AS dan sanggup berperang jika itu pilihan musuh.

 

C9bHIvEV0AAcT0k

=EZY=