Categories
SELANGOR SUKANKINI

MDKL B juarai Piala Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 10 APR: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) B mengalahkan Empire Rhea FC 3-0 untuk muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Stadium Jugra, di sini, baru-baru ini.

PIALA YUNUS HAIRI (2)Dengan kemenangan itu, pasukan terbabit membawa pulang hadiah piala pusingan, piala kejohanan, RM3,000 dan hadiah iringan lain.

MDKL B turut beroleh kejayaan tambahan apabila pemainnya, Mohamad Farees Mohamad Ismail terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Manakala, Empire Rhea FC selaku naib juara memperoleh RM1,500 dan hadiah iringan diikuti pemenang ketiga, Pemuda Kancong Darat (RM750 dan hadiah iringan) serta keempat, Dimensi FC (RM500 dan hadiah iringan).

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ahli Majlis MDKL, Dato’ Dr Yahya Baba mewakili Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Kejohanan kali kedua itu dianjurkan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS FC) dengan kerjasama MDKL.

-NFN-