Categories
SELANGOR

MPS roboh bengkel kereta haram

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 APR: Bertindak atas aduan orang ramai, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merobohkan sebuah struktur dipercayai bengkel kereta haram di sebidang tanah lapang bekas gelanggang badminton.

Pegawai Perhubungan MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, pihaknya mengeluarkan notis dibawah seksyen 3 Undang-Undang Kecil Tred dan Seksyen 46,(1)A akta Jalan Parit dan Bangunan kepada pemilik bengkel.

“Pemilik juga telah pun berpindah dan kawasan tersebut telah dibersihkan MPS pada 20 April lalu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Bengkel HaramTerdahulu, tapak itu merupakan gelanggang badminton dan takraw bagi aktiviti riadah penduduk, sebelum didirikan bangsal untuk aktiviti bengkel kereta sekali gus menimbul rasa tidak senang penduduk.

Penduduk mendakwa, bengkel yang mula dibina kira-kira 10 tahun lalu itu didirikan sedikit demi sedikit yang akhirnya menyumbang kepada masalah kereta terbiar dan pembiakan nyamuk denggi serta haiwan berbisa.