Categories
NASIONAL

Pesawat MAS MH2718 terbabas ketika mendarat

SIBU 9 APRIL: Pesawat Malaysia Airlines dengan penerbangan MH2718 pada dari Kuala Lumpur terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada 10:17 malam tadi.

MAS dalam satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

“Pesawat Boeing 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam krew.

“Kesemua penumpang dan krew di atas pesawat selamat dan dikeluarkan melalui dua gelongsor angin. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini,” kata MAS.

Tambah MAS lagi, mereka telah melancarkan siasatan untuk mengesan punca insiden.

Dalam perkembangan berkaitan, sehingga jam 12 tengah malam tadi, landasan Lapangan Terbang Sibu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja mengalihkan pesawat berkenaan dari lokasi kejadian.

Tergelincir

GAMBAR: Ehsan Pembaca dan Sumber Media Sosial

=EZY=