Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

PKNS FC beraksi baik, seri adil untuk dua pasukan

OLEH HAFIZAN TAIB

MELAKA, 27 APR: Keputusan seri dicatat PKNS FC ketika berdepan Melaka United semalam tidak menghampakann E Elavarasan yang menganggapnya keputusan adil bagi dua pasukan itu.

Bagi pengendali PKNS FC itu, pasukan kendalian beliau sudah melakukan segalanya mengikut perancangan, namun kemenangan gagal diraih.

“Kita mahu menang tetapi kedua pasukan mempunyai peluang sama untuk menghasilkan gol. Secara keseluruhan, prestasi pasukan dianggap baik bila memunggut satu mata di tempat lawan,” katanya dalam sidang media di Stadium Hang Jebat, di sini.

PKNS FCDalam perlawanan Liga Super itu, PKNS FC dan Melaka United seri 2-2 dengan semua gol dihasilkan, pada separuh masa pertama.

Gol PKNS FC dijaringkan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-35 dan Safee Sali (m40), manakala Ilija Spasojevic menjaringkan gol Melaka United melalui tendangan penalti pada minit ke-32 dan ke-42.

Elavarasan berkata, PKNS FC melepaskan penguasaan ketika mendahului lawan 2-1 dengan kehilangan fokus hingga menyebabkan Melaka United berjaya mendapat gol penyamaan.

Katanya, dua pasukan seimbang itu dengan persembahan agresif ketika bertahan dan menyerang kerana inginkan tiga mata penuh.

PKNS VS MELAKA (10)“Penguasaan permainan memang lebih kepada Melaka United, maka kita lebih berwaspada dengan bermain tidak terlalu terbuka.

“Bila kita menyerang, pasukan lawan menghadapi tekanan. Begitu juga sebaliknya dan kita berjaya menyekat kemaraan mereka dengan gol penyamaan selepas gol penalti dihasilkan,” katanya.

Tempoh rehat selepas ini, katanya, akan digunakan pasukan bagi membaiki prestasi kerana baki perlawanan begitu penting untuk PKNS FC bagi membaiki kedudukan dalam liga.

Pada 6 Mei ini, PKNS FC akan mewakili Selangor dalam Piala Sultan Selangor menentang Pilihan Singapura dan kembali dalam aksi liga menentang JDT, pada 24 Mei.