Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Laksana garis panduan khas hukuman rotan di sekolah tahfiz

SHAH ALAM, 27 APR: Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan mencadangkan pelaksanaan garis panduan diwujudkan di sekolah tahfiz berhubung hukuman rotan.

Beliau berkata, hal itu kerana garis panduan sesia berhubung isu itu hanya membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan tidak termasuk sekolah tahfiz seliaan jabatan agama.

“Saya difahamkan terdapat amalan merotan pelajar di sekolah tahfiz. Ia perlu dilaksanakan dengan cara elok bukan mendatangkan kecederaan dan maut,” katanya lapor BERNAMA.

PROF MADYA DATUK MOHD ALI HASSAN NOTA TERBITAN KOSMO 12 JULAI 2012 KHAMIS MUKA 17 ***archived by MHM

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes pelajar sekolah tahfiz di Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal dunia semalam akibat kecederaan teruk selepas didakwa dipukul pembantu warden sekolah itu.

Pada masa sama, Mohamad berkata, pihak berkuasa perlu mengkaji semula kaedah pembelajaran sekolah tahfiz bagi melihat kerelevanan hukuman rotan dan menggantikannya dengan cara lebih wajar dalam mendisiplinkan pelajar.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, pula menyarankan sekolah menyemak prosedur pengambilan kakitangan dengan memperketatkan syarat serta menyelidik latar belakang pemohon terlebih dahulu bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Tidak salah menghukum pelajar tetapi jangan sampai memudaratkan mereka sehingga mengundang maut. Kenapa perkara seumpama ini berlaku?

NOOR AZIMAH ABDUL RAHIM_PAGE_INTERVIEW“Pihak sekolah juga perlu pantau tingkah laku kakitangan terutama warden asrama dan guru,” katanya.

Katanya,, keadaan semakin membimbangkan jika ia berulang sehingga boleh menyebabkan ibu bapa hilang kepercayaan terhadap institusi sekolah aliran agama.

Noor Azimah juga mahu ibu bapa mengambil berat hal ehwal anak dan memandang serius jika mereka mengadu sebarang situasi tidak menyenangkan ketika berada di asrama sekolah.

“Jangan ambil sikap tidak peduli jika anak mengadu walaupun bagi kita perkara itu remeh. Bagi saya, anak tidak akan mengadu jika perkara itu tidak mengganggu pembelajaran mereka,” katanya.