Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.3960/4010 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 14 APRIL: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, selepas pelabur terus membeli mata wang Asia, kata peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit disebut harga pada 4.3960/4010 berbanding dolar AS daripada 4.4100/4150 pada jam 6 petang semalam, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, dolar AS dijangka dalam arah aliran menyusut minggu ini berikutan isu geopolitik.

“Dolar AS susut 0.6 peratus minggu ini dan kami melihat trend ini akan berterusan,” katanya sambil menambah langkah yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia akan membantu memacu unit tempatan itu.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali euro yang susut kepada 4.6659/6717 daripada 4.6297/6998 penutup semalam.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1429/1469 daripada 3.1606/1646 pada Khamis dan menokok berbanding yen kepada 4.0267/0324 daripada 4.0474/0538 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.4968/5039 daripada 5.5297/5377 semalam.

=EZY=