Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.4070/4120 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini berikutan kegiatan pengambilan untung disebabkan kenaikan semalam.

Pada jam 9.03 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4070/4120 berbanding dolar AS daripada 4.4030/4060 pada jam 6 petang semalam, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, penurunan harga minyak mentah global turut menjejaskan minat terhadap mata wang Asia termasuk ringgit kerana ia mungkin mengurangkan keuntungan negara penghasil minyak.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain dengan ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1521/1566 daripada 3.1542/1575 pada Isnin dan lebih tinggi berbanding yen pada 4.0387/0444 daripada 4.0648/0687, sebelumnya.

Ringgit lemah berbanding euro kepada 4.6895/6966 daripada 4.6782/6818 semalam dan susut berbanding pound British kepada 5.5352/5437 daripada 5.5244/5300 pada Isnin.

=EZY=