Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sesi awal dagangan pagi ini susulan peningkatan minat risiko dalam kalangan peniaga berikutan keadaan ketegangan geopolitik yang semakin mereda

Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.0565/0595 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0610/0640 pada Isnin.

Public Investment Bank dalam satu nota penyelidikan berkata keyakinan tinggi ketika para pelabur menunggu permeteraian fasa pertama perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dijadualkan lewat minggu ini selain persediaan bagi musim pendapatan suku keempat yang sudahpun bermula.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes berkata ringgit mendapat permintaan tinggi daripada mata wang pengeksport Asia dan terutamanya penghasil tinggi.

“Aliran masuk meningkat ketara dan ringgit juga meraih manfaat daripadanya,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu meningkat kepada 3.6830/6864 daripada 3.6965/6999 berbanding yen Jepun dan naik kepada 3.0122/0155 berbanding dolar Singapura daripada 3.0146/0177 pada Isnin.

Ringgit, bagaimanapun, turun berbanding pound Britain kepada 5.2710/2753 daripada 5.2675/2730 dan susut berbanding euro kepada 4.5177/5215 daripada 4.5130/5179.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 JUL: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong harga minyak dan komoditi lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada paras 4.1170/1200 berbanding dolar daripada 4.1180/1190 semasa ditutup pada Selasa.

Beliau berkata berikutan ketegangan meningkat di Timur Tengah selepas Iran merampas sebuah kapal tangki minyak di Teluk Parsi, harga minyak dijangka terus meningkat disebabkan kebimbangan akan berlaku gangguan bekalan dengan ketara.

Ketegangan itu mungkin memberi manfaat kepada pasaran minyak buat sementara waktu. Bagaimanapun, ketidaktentuan akan memberi kesan lebih tinggi ke atas mata wang (berbanding dengan desakan),” katanya.

Bagi komoditi, niaga hadapan minyak sawit telah kembali pulih daripada kerugian sebelum ini didorong jangkaan permintaan akan meningkat dan pengukuhan minyak makan berkaitan.

“Ini merupakan tanda-tanda pemulihan bagi minyak sawit kita, dan sebagaimana yang kita tahu harga komoditi merupakan satu daripada faktor yang menyokong mata wang kita,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0170/0196 daripada 3.0177/0189 semalam, tetapi turun berbanding yen kepada 3.8099/8138 daripada 3.8056/8079.

Mata wang tempatan turut susut berbanding pound Britain kepada 5.1343/1397 daripada 5.1220/1244, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.5847/5897 daripada 4.6023/6042 sebelumnya. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini apabila para pelabur menjangkakan perang perdagangan antara AS-China akan terus berlarutan, kata seorang peniaga

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1620/1650 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1550/1600 pada Rabu.

Presiden AS Donald Trump dilaporkan memberi tahu media pada Rabu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang tarikh khusus bagi memulakan rundingan perdagangan antara AS-China.

Pada paras pembukaan, ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0448/0475 daripada paras penutup 3.0446/0492 pada Rabu, meningkat berbanding yen kepada 3.8352/8391 daripada 3.8376/8426 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6972/7027 daripada 4.7064/7137.

Berbanding pound Britain, ringgit meningkat kepada 5.2820/2862 daripada paras penutup 5.2922/2003 pada Rabu.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 26 DIS: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan kelemahan dolar itu yang mendorong permintaan terhadap mata wang selamat dan negara sedang membangun lain, kata peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi ini, ringgit didagangkan pada paras 4.1750/1790 berbanding dolar AS berbanding 4.1830/1860 sewaktu dagangan ditutup pada Isnin.

Pasaran tempatan ditutup semalam bersempena cuti Krismas.

Seorang peniaga berkata, dolar AS diasak tekanan ketika Washington bergelut dengan penutupan separuh fungsi pentadbiran selain konfrontasi terbuka antara bank pusat negara itu dengan kerajaan Presiden Donald Trump.

Sewaktu dibuka pagi ini, ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0423/0459 berbanding 3.0451/0484 pada Isnin dan tinggi berbanding euro kepada 4.7599/7649 daripada 4.7661/7704, sebelum ini.

Namun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada paras 3.7738/7785 daripada 3.7651/7681 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.2997/3052 daripada 5.2907/2957 sebelum ini.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.4070/4120 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini berikutan kegiatan pengambilan untung disebabkan kenaikan semalam.

Pada jam 9.03 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4070/4120 berbanding dolar AS daripada 4.4030/4060 pada jam 6 petang semalam, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, penurunan harga minyak mentah global turut menjejaskan minat terhadap mata wang Asia termasuk ringgit kerana ia mungkin mengurangkan keuntungan negara penghasil minyak.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain dengan ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1521/1566 daripada 3.1542/1575 pada Isnin dan lebih tinggi berbanding yen pada 4.0387/0444 daripada 4.0648/0687, sebelumnya.

Ringgit lemah berbanding euro kepada 4.6895/6966 daripada 4.6782/6818 semalam dan susut berbanding pound British kepada 5.5352/5437 daripada 5.5244/5300 pada Isnin.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Ringgit didagang tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 4 OKT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding Dolar AS susulan minat membeli kini kembali dalam pasaran untuk merebut mata wang tempatan itu selepas prestasi kukuh pasaran ekuiti tempatan.

Pada jam 9 pagi ringgit didagangkan kepada 4.1210/1270 berbanding 4.1320/1390 pada Jumaat. Pasaran ditutup pada Isnin sempena Awal Muharam yang jatuh pada hari Ahad.

Peniaga berkata ringgit didagangkan kukuh susulan pengukuhan harga minyak dunia dan peningkatan eksport Iran serta lonjakan mata wang AS dolar susulan data ekonomi AS yang lebih baik, lapor BERNAMA.

Mata wang tempatan itu turut didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain selain euro.

Ia naik berbanding pound British kepada 5.2926/3015 berbanding 5.3596/3704 Jumaat lalu, lebih baik berbanding yen kepada 4.0414/0481 berbanding 4.0862/0944 minggu lalu dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0149/0197 dari 3.0269/0325 Jumaat lalu.

Ringgit bagaimanapun jatuh berbanding euro kepada 4.6180/6264 dari 4.6159/6225 Jumaat.

EZY

Categories
NASIONAL

Nilai RM jatuh, harga minyak naik, rakyat makin miskin

ron95

SHAH ALAM 6 SEPT: Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.

Ahli Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan rakyat berbelanja terjejas.

“Rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara

“Ini menyebabkan kemampuan rakyat membeli barangan itu semakin merosot, ” kata bekas Ketua Ekonomi Bank Islam itu kepada TV Selangor, hari ini.

Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap Dollar dan ia merupakan rekod terburuk.

Kesan kenaikan harga barangan bertambah parah apabila kerajaan Umno BN  bertindak menaikkan harga minyak RON 95 dan RON 97 baru-baru ini.

Azrul berkata, penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan rakyat turut mengalami peningkatan harga.

Katanya, kerajaan digesa membuat penilaian dan mencari penyebab kepada punca kejatuhan nilai mata wang dan bertindak proaktif menangani masalah itu.

“Kerajaan perlu menumpukan usaha menangani ketirisan bagi mengelakkan pertambahan hutang negara dan defisit perbelanjaan,” katanya.