Categories
EKONOMI

Rizab BNM RM423.2 bilion pada 14 April

KUALA LUMPUR 22 APRIL: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$95.7 bilion (RM423.2 bilion) pada 14 April 2017 berbanding AS$95.4 bilion (RM422.2 bilion) pada 31 Mac 2017.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata paras rizab berkenaan adalah memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu ialah rizab mata wang asing (AS$88.9 bilion), paras kedudukan rizab IMF atau Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$1.1 bilion, emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.3 bilion).

Antara aset bank pusat itu ialah emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR sebanyak (RM423.234 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM3.332 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM6.713 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.844 bilion), tanah dan bangunan (RM2.114 bilion) serta aset lain (RM8.566 bilion).

Liabilitinya pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM147.761 bilion), mata wang dalam edaran (RM98.743 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM174.440 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM8.833 bilion), deposit lain (RM542.967 juta), kertas Bank Negara (RM9.450 bilion), peruntukan SDR (RM8.078 bilion) dan liabiliti lain (RM3.804 bilion).

=EZY=