Categories
SELANGOR

SMUE: DUN Selat Klang salur RM4 juta

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 APR: DUN Selat Klang menyalurkan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM4 juta sepanjang ia diperkenalkan di negeri itu.

HALIMAH SELAT KLANG (2)Ahli Dewan Negerinya, Dr Halimah Ali berkata, pelaksanaannya diteruskan sepanjang tahun ini di bawah skim sama yang diumumkan Kerajaan Negeri, sebelum ini.

“Sehingga kini, RM4 juta diberikan kepada penduduk Selat Klang di dalam SMUE , manakala lebih 10,000 pelajar di Selat Klang menerima pinjaman pelajaran SUK yang diluluskan Kerajaan Negeri.

“Malah, RM900,000 sudah dibelanjakan kepada pelajar yang menerima Hadiah Anak Masuk Universiti sejak ia mula dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif berkebajikan di kawasan DUN Selat Klang akan diteruskan selepas Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta di bawah Skim Peduli Sihat merangkumi keseluruhan DUN di Selangor, tahun ini.

Katanya, masyarakat khususnya warga Selat Klang menyambut baik inisiatif berkebajikan yang dilaksanakan di peringkat negeri kini.

Terdahulu, Dr Halimah turun padang mendekati masyarakat sekitar Pasar Pagi Teluk Pulai, pada 3 April lalu.

Pada masa sama, beliau berpeluang mendengar permasalahan setempat dan menyampaikan Kad Peduli Sihat DUN Selat Klang kepada pemohon berkelayakan.

-NFN-