Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 27 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. KEADILAN tepis dakwaan jual Selangor kepada Taiwan

Hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan pentadbiran Taiwan tidak menggambarkan wujudnya cubaan PAKATAN untuk ‘menjual’ kepentingan Selangor kepada negara itu.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas laporan portal pro Umno yang melaporkan kononnya delegasi diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Taiwan dibuat sebagai jalan pintas kepada ‘kiblat’ pentadbiran kuasa negara republik itu.

https://selangorkini.my/2017/04/keadilan-tepis-dakwaan-jual-selangor-kepada-taiwan/

2. Gangguan bekalan air sementara

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Petaling dilapor sedang mengalami gangguan bekalan air sementara.

Menerusi kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia disebabkan paip air utama pecah di belakang Bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat, Sungai Buloh.

https://selangorkini.my/2017/04/gangguan-bekalan-air-sementara/

3. Selangor lancar Kempen Hormat Wanita

Kerajaan Negeri buat julung kalinya melancarkan Kempen Hormat Wanita (KWH) dalam usaha mendidik masyarakat berkenaan kepentingan keadilan sosial terhadap kaum berkenaan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pelbagai Inisiatif Hormat Wanita (IWH) bakal diperkenal sempena KWH terutama membabitkan penyediaan kemudahan mesra wanita di tempat kerja.

https://selangorkini.my/2017/04/selangor-lancar-kempen-hormat-wanita/

4. Laksana garis panduan khas hukuman rotan di sekolah tahfiz

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan mencadangkan pelaksanaan garis panduan diwujudkan di sekolah tahfiz berhubung hukuman rotan.

Beliau berkata, hal itu kerana garis panduan sesia berhubung isu itu hanya membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan tidak termasuk sekolah tahfiz seliaan jabatan agama.

https://selangorkini.my/2017/04/laksana-garis-panduan-khas-hukuman-rotan-di-sekolah-tahfiz/

5. Selangor kekal keputusan UPKK tertinggi

Selangor kekal mencapai kedudukan tertinggi dalam keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi kategori Negeri Terbaik dengan pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.1.

Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, Mohd Jaafar Komari berkata, Selangor juga dinobat sebagai negeri paling ramai calon yang mendapat agregat 8A iaitu 7,955 (30.49 peratus) yang diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), baru-baru ini.

https://selangorkini.my/2017/04/selangor-kekal-keputusan-upkk-tertinggi/