Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 28 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. Penantian 26 tahun berakhir dengan kejutan

Kesabaran 1,642 pemilik kediaman Pangsapuri Pinggiran Batu Caves selama 26 tahun bagi memperoleh hak milik strata akhirnya dibalas dengan kejutan apabila mendapat sumbangan Kerajaan Negeri untuk membiayai kos juru ukur dan guaman.

Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsapuri Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Che Hamid Che Jusoh berkata, sumbangan Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu memberi makna sangat besar kepada penduduk.

https://selangorkini.my/2017/04/penantian-26-tahun-berakhir-dengan-kejutan/

2. Stanchart beri keistimewaan wanita bersalin

Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart) mengumumkan pelaksanaan cuti bersalin 20 minggu bergaji penuh kepada kakitangannya.

Ketua Sumber Manusia Stanchart, Florence Foo berkata, manfaat itu adalah sebahagian daripada langkah penambahbaikan pada manfaat pekerja bagi merealisasikan budaya mesra keluarga bank terbabit.

https://selangorkini.my/2017/04/stanchart-beri-keistimewaan-wanita-bersalin/

3. Ajar jadi bijak kewangan

Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri Selangor (FIKIR) bakal menganjurkan Program Kesedaran Pengurusan Kewangan (Bijak Wang), bermula Mei hingga Ogos nanti.

Pengerusi FIKIR, Yamin Yahya berkata, program dengan kerjasama Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Selangor itu mensasarkan penduduk kediaman kos rendah di Selangor.

https://selangorkini.my/2017/04/ajar-jadi-bijak-kewangan/

4. SPR didesak tarik larangan edar RDPT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak memberi penjelasan dan menarik semula surat larangan pengedaran salinan rang daftar pemilih tambahan (RDPT) kepada parti politik di Malaysia yang kini tular di laman sosial.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda AMANAH, Muhd Taqiuddin Che Mat berkata, surat larangan itu didakwa tular membabitkan salinan berbentuk buku dan cakera padat untuk semakan parti politik.

https://selangorkini.my/2017/04/spr-didesak-tarik-larangan-pengedaran-rdpt/

5. Geng 24: Polis tahan tiga pelajar

Polis menahan tiga pelajar sekolah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap Geng 24 di Klang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam Op Cantas bagi mengesan baki Geng 24, pada jam 12.40 tengah hari di perkarangan sekolah mereka.

https://selangorkini.my/2017/04/geng-24-polis-tahan-tiga-pelajar/