Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 16 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 
1. Brunei temui telaga minyak & gas darat pertama dalam 37 tahun

Telaga sedalam 4,319 meter; lebih daripada tinggi Gunung Kinabalu iaitu 4,095 meter; ditemui di Layang-Layang dalam kawasan Lumut, Daerah Belait selepas 37 tahun tempat sama pernah diteroka.

Walaupun sudah berusia lebih 80 tahun, ia merupakan satu kurnia yang terus berjasa di mana Seria merupakan kelahiran bagi industri minyak dan gas di Brunei dan akan terus menjana masa depan Brunei bagi generasi mendatang.

https://selangorkini.my/2017/04/brunei-temui-telaga-minyak-gas-pertama-dalam-37-tahun-darat/

https://selangorkini.my/2017/04/mereka-carigali-dan-meneroka-selama-567-hari-tetapi-hasilnya-menakjubkan/

 
2. Sultan Selangor rasmi bas dan kereta elektrik

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Bas dan Kereta Elektrik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.

Baginda tiba bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

https://selangorkini.my/2017/04/sultan-selangor-rasmi-bas-dan-kereta-elektrik/

 
3. Kehadiran kapal perang AS dan China, elak jadi bidak catur kuasa dunia

Dalam pada itu, Kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Stethem dilaporkan menjalankan operasi di Laut China Selatan menurut satu kenyataan dikeluarkan Tentera Laut AS.

Kehadiran USS Stethem di Laut China Selatan meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Beijing berhubung isu pertikaian wilayah yang melibatkan beberapa negara di kawasan itu.

https://selangorkini.my/2017/04/kehadiran-kapal-perang-as-dan-china-elak-jadi-bidak-catur-kuasa-dunia/
4. RM167 juta bina dan baik pulih tujuh masjid

Sejumlah RM167 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik pulih tujuh masjid di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata, sebahagian besar daripadanya kini dalam proses tender dan dijangka mula kerja, pada tahun ini.

https://selangorkini.my/2017/04/rm167-juta-bina-dan-baik-pulih-tujuh-masjid/

 
5. PAKATAN galas harapan rakyat, ambilalih pentadbiran negara PRU14

Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Harapan (PAKATAN) berjaya menganjurkan pelbagai program kebajikan untuk manfaat rakyat kerana ia ditadbir penuh integriti dan bertanggungjawab hingga mampu mencatat pencapaian ekonomi membanggakan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia berbeza dengan Umno-Barisan Nasional (BN) apabila laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan parah.

https://selangorkini.my/2017/04/pakatan-galas-harapan-rakyat-ambilalih-pentadbiran-negara-pru14/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT