Categories
GLOBAL

Ahok dihukum penjara dua tahun

JAKARTA 9 MEI: Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Gabenor Jakarta, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama, kerana bersalah menghina Islam.

Ketua hakim, Dwiarso Budi Santiarto, ketika mengumumkan keputusan berkata Purnama didapati melakukan tindakan jenayah menghina Islam dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun.

REUTERS melaporkan perbicaraan itu dilihat sebagai ujian tolak ansur agama di negara yang mempunyai penduduk Islam teramai itu.

Sementara itu ribuan anggota polis ditempatkan di sekitar bandar raya itu untuk mengawal keselamatan sekiranya berlaku sebarang ketegangan antara penyokong Ahok dan kumpulan Islamis yang sangat berharap agar Ahok dihukum atas dakwaan itu.

Ahok kecundang dalam pusingan kedua pemilihan Gabenor Jakarta April lalu, kepada pesaingnya Anies Baswedan akan menyerahkan tugas penting sebagai orang nombor satu Jakarta itu pada Oktober ini.

Ahok menafikan dirinya membuat kesalahan, namun mengemukakan permohonan maaf atas kenyataannya pada tahun lalu yang mengkritik pesaing politiknya menggunakan al-Quran dalam kempen.

=EZY=