Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 11:55am pada 21 Mei 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar dan Yan), N. Sembilan (Daerah Jelebu dan Jempol),

Johor (Daerah Segamat) dan Pahang (Daerah Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad 21 Mei 2017.

 

AMARAN CUACA BURUK UNTUK KAWASAN PERAIRAN Dikeluarkan pada pukul 11:50AM, 21 Mei 2017

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket sehingga Selasa, 23 Mei 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – Kemaskini

Ribut petir di perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Condore dan Bunguran dijangka berterusan sehingga lewat petang, Ahad, 21 Mei 2017.

amaran hujanKeadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – Kemaskini

Ribut petir di perairan Perlis dan Kedah dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad, 21 Mei 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

SUMBER: MetMALAYSIA