Categories
NASIONAL

Anwar hanya mampu bayangkan kemeriahan kongres

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 MEI: Di sebalik kehangatan semangat berkobar-kobar barisan pemimpin dan perwakilan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mampu membayangkan kemeriahan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Ke-12 yang berlangsung hari ini.

Anwar dalam amanatnya yang dibaca anak sulung beliau, Nurul Izzah Anwar, berkata, beliau juga dapat membayangkan para perwakilan mengambil kesempatan menjalin silaturahim pada kongres yang tidak dapat dihadiri beliau ekoran menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

“Saya dapat bayangkan suasana Kongres KEADILAN; meriah, bersemangat dan bersilatur rahim. Panji-panji dipacak, bendera dikibar megah dan slogan dilayari.

ANWAR MALAYSIA“Namun ukuran kejayaannya adalah suntikan semangat dan daya juang; muafakat diperkukuh dan tindakan susulan. Kerana sesungguhnya wadah Reformasi mendamba kebebasan dan keadilan menuju keredhaan Allah – Islah mas ta’ ta’tu – dengan sedaya upaya kita,” katanya.

Anwar turut menyingkap kembali detik awal gerakan reformasi dilancarkan sehingga membawa penubuhan KEADILAN.

Katanya, walaupun pada awalnya kewujudan KEADILAN diperlekehkan, namun kini dianggap sebagai ancaman terbesar kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

=EZY=