Categories
GLOBAL

Disangka pengganas, menteri mati ditembak tentera

OLEH ERMIZI MUHAMAD

MOGADISHU, 5 MEI: Disangka pengganas, Menteri Kerja Raya Somalia, Abbas Abdullahi Sheikh Siraji, ditembak mati pengawal menteri negara itu di Istana Presiden Mogadishu, semalam.

menteri somaliaDalam kejadian itu, kereta dinaiki Abbas Abdullahi, 31, disangka pengebom berani mati ketika kenderaan dinaikinya mendekati rapat kereta dinaiki Ketua Audit Somalia, Nur Jimale Farah.

Portal kompas memetik kenyataan saksi, Ibrahim Mohamed mendedahkan, kenderaan Abbas Abdullahi ditembak dari jarak sekitar 500 meter.

“Pengawal menembak kenderaan dinaiki menteri itu dan jelas ia adalah kesalahan, namun siasatan masih diteruskan,” katanya.

Abbas Abdullahi adalah menteri termuda di bawah kabinet pimpinan Hassan Ali Khaire.

Beliau disifatkan sebagai menteri yang paling disenangi dan menjadi inspirasi masyarakat Somalia.

Sementara itu, Presiden Somalia, Mohamed Abdullahi Mohamed yang kini berada di Etiophia atas urusan kerja menuntut siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.